Monday, September 15, 2008

Setiap Tahun Begitu

Rakan-rakan berniaga mengeluh, bila tiba bulan Ramadhan, jualan merosot. Saya kata, alah kan setiap tahun begitu. Musim puasa ni' orang sibuk nak beli baju raya anak-anak, beli kurma, beli karpet, beli langsir. Beli madu lupa lah kejap. Tak mengapa nanti lepas Raya nanti ok lah semula. Memang lumrah setiap tahun apabila tiba bulan Ramadhan, tumpuan orang ramai nak membeli barang-barang yang mereka biasa beli tu jadi berubah. Priority berubah sekejap.
Dalam masa yang sama isu madu Khaula tiruan yang dijual sangat murah dan main buang-buang harga semakin menjadi-jadi. SM pun rasa jualan memang turun, kadang-kadang sebab nak lancarkan stok dan pusingan modal, terpaksalah SM kurang berkira-kira sedikit. Charge transport dikurangkan asalkan madu Khaula boleh 'jalan'. Ini pun strategi juga, sama seperti pusat membeli belah yang sekali-sekala membuat jualan 'sale'. Untuk menggalakkan orang membeli dalam tempoh waktu tertentu. SM pun terpaksa buat begitu di Perak, kalu tidak tak jalan madu Yeop....

2 comments:

aznhamzah said...

Selamat berpuasa dan meyambut raya yang bakal tiba tak lama lagi.Semoga bisnes anda semakin maju dan selamat berjaya.

Anonymous said...

Salam SM,
Boleh tak kita bagi discount kat customer? Manalah tahu Company tak allow takut bunuh sales pengedar yang lain....