Friday, July 25, 2008

Madu Daripada Iran

Ketika ini di pasaran terdapat beberapa jenis atau jenama madu daripada Republik Islam Iran. Berikut adalah beberapa jenama tersebut:-
i. Madu Khaula
ii. Madu Majesty
iii. Madu Kausar
iv. Madu Kandoo dan,
v. Madu Aljannah
Ada beberapa jenama lagi tetapi SM menganggap madu yang jenamanya ditulis di atas adalah antara yang biasa SM lihat. Persoalannya yang selalu ditanya adalah:
-Madu ni sama ke tidak?
-Madu ni asli ke tidak?
-Madu mana yang lebih baik?
-Madu ni sama ke dengan madu Khaula (yang paling popular)
-Madu ni madu dari Azarbayjan jugak?
-Madu dari Sabalan?
SM tak pernah membeli atau mencuba madu selain daripada madu Khaula. Bukannya SM tak percaya tetapi macam tak berapa minat nak beli. Kesimpulan yang SM boleh buat adalah begini. Tidak dapat dinafikan semua madu Iran yang lain mengambil madu Khaula sebagai rujukan, baik daripada segi asal-usul, botol, khasiat dan nama madu itu sendiri.
Cuba kita lihat madu Kausar, SM tahu pengimport madu ini adalah bekas pengedar madu Khaula daripada satu tempat sekitar Kuala Lumpur. Botol lebih kurang sama. Asalannya pun dikatakan dari Azarbayjan juga sama macam madu Khaula. Cuma mereka ada di botolkan dalam banyak saiz dan dikatakan madu ini dibotolkan berasaskan bunga monoflora atau poliflora. Khasiatnya pula dikatakan berbeza-beza ikut jenis madu.
Madu Majesty pula diimport oleh bekas pekerja QS Khaula Trading. Dikhabarkan mereka berpakat dengan orang tengah dari Iran yang dulu pernah menjadi orang tengah kepada syarikat pengeluar madu Khaula. Tak banyak yang SM boleh cerita tentang madu ini cuma bentuk botolnya tidak sama seperti madu Khaula.
Madu Kandoo pula pernah cuba dipasarkan oleh bekas pengedar madu Khaula daripada Batu Caves. Namun SM perhatikan madu Kandoo ini telah gagal bersaing di pasaran. SM rasa sebab kualiti yang jauh berbeza berbanding madu Khaula.
Yang terbaru adalah madu Aljannah yang mendakwa bahawa madu keluaran mereka dibawa daripada kawasan yang sama seperti madu Khaula iaitu Sabalan Azarbayjan. Botol berbentuk sama seperti madu Khaula.
Jika diperhatikan semua jenis/jenama madu yang bersaing di pasaran ini dijual oleh mereka yang dahulunya pernah mempunyai kaitan dengan madu Khaula. Semuanya mendakwa madu mereka berasal daripada kwasan yang sama dengan madu Khaula. Mengapa ini berlaku? SM fikir kekuatan madu Khaula adalah kerana taraf ia sebagai perintis bagi madu Iran yang terdapat di Malaysia. Selain daripada itu hubungan secara langsung Puan Khaula dengan pengeluar madu Khaula iaitu Sabalan Shahd yang membezakan antara madu ini dengan madu yang lain yang mana madu selain madu Khaula berurusan dengan orang tengah. Jadi semangatnya lain sikit. Puan Khaula pula telah di'ijazah'kan oleh orang Iran ini berkenaan ilmu madu. Daripada segi kualiti dan khasiat, madu Khaula telah terbukti mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan sesuai diminum oleh rakyat Malaysia daripada golongan orang tua, dewasa, remaja, kanak-kanak dan bayi lelaki dan perempuan.
Bukan SM hendak over kempen madu Khaula tetapi daripada pengalaman SM sendiri telah menjual madu ini sejak 4 tahun yang lalu. Pengalaman SM berjumpa dengan pelbagai jenis orang yang bermasalah kesihatan ini telah menunjukkan kesan yang mendalam dan berterima kasih kerana bertemu dengan madu Khaula.
Apa yang perlu diperbaiki adalah madu Khaula harus lebih agresif untuk mempromosikan madu ini terutamanya di media elektronik. Kalau dapat diiklankan di TV semasa waktu puncak. SM rasa pasti madu ini akan 'meletup' di pasaran. Dalam keadaan promosi yang hidup segan mati tak mahu ini pun, madu Khaula dapat dijual dengan baik dan ada return sale. Cumanya gangguan-gangguan daripada penjual yang main harga (jual murah) dan madu tiruan/palsu (imitation) yang dikatakan banyak di pasaran, itulah cabarannya sekarang.
Apa-apa pun madu Khaula adalah madu Iran yang paling popular di pasaran kerana nilai perubatannya yang tinggi dan ada kredibiliti. Kalau kempen gila-gila tapi bila pengguna beli dan didapati tiada kesan, alamatnya sekali sajalah mereka beli tapi Alhamdulillah madu Khaula terbukti ada pelanggan ulangan. Maka kesimpulannya: SM cadangkan belilah madu Khaula. Jangan beli madu yang sifatnya "macam madu Khaula". Chow........

3 comments:

Anonymous said...

madu khaula dan madu madu yang lain yang tu sama saja, dari gunung sabalan. Kawasan sama, bunga sama. Madu kaula nampaknya tak senang dengan persaingan yang sihat. Cuba kalau cina yang buat, dia sesama dia bersaing tak kisah pun. kadang kadang saya tengok madu kaula ni lebih sangat nak promo kelebihan madu tu. Kasiat madu tu dari Allah swt. Madu kampung Malaysia pun ok juge. Semua madu yang disebut tu ada ujian makmal, jadi sama je bagus nya. Biarlah sama2 Melayu berniaga, tak payah nak hentamlah. Rezeki masing2.

shawarni said...

salam, di mana boleh saya dapatkan madu ini?
saya nak beli untuk anak saya...
email saya shawarni@tnb.com.my
tq

Anonymous said...

salam SM,
saya berminat menjadi pengedar madu khaula. jadi apakah syarat2, kos dan kadar komisen yg disediakan.

email: bizknowme@yahoo.com