Tuesday, June 24, 2008

Madu Khaula Tiruan Di Pasaran

Beberapa hari yang lalu, seorang rakan menelefon SM bertanyakan tentang kewujudan madu Khaula tiruan. SM beritahu dia bahawa SM tidak pernah terserempak dengan madu tersebut. Rakan SM itu menjawab bahawa madu tersebut banyak dijual di sekitar Chow Kit terutama di kedai borong. Kononnya ada seorang Datuk bergelar Datuk Z yang membekalkan madu tiruan yang disebut (code name) sebagai madu no. 2 . Yang menyedihkan harga yang ditawarkan adalah RM26 sebotol. Dan madu ini hanya ditawarkan kepada pemborong2 tertentu dan dikenali sahaja. Kalau dah harga RM26 macamana nak jual. SM ambik dari QS Khaula pun dah harga dekat2 RM40.
SM memang terasalah, jualan madu Khaula sekarang terutama di Perak memang agak menurun. SM agak disebabkan oleh harga minyak naik dan orang ramai lebih hati-hati berbelanja tetapi setelah mendengar kisah madu tiruan daripada rakan SM itu, SM mula terfikir akan sebab yang lain.
Mintak-mintak pihak QS Khaula pergilah siasat, pasang Spy Leman dekat situ. Barulah boleh terbongkar kes ni. Macamana lah, dah tentu tak halal punya barang pun sanggup jual. Inilah dasar kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan. Kepada pembeli madu Khaula, awas jangan terbeli madu tiruan, nak sembuh datang penyakit pulak.