Tuesday, November 27, 2007

Batuk Koh Koh Koh??

Anak-anak kita selalu batuk dan senang terkena batuk. Nak-nak kalau cuaca tak menentu. Sebenarnya batuk ni bukan saja mudah terkena pada baby malah orang dewasa pun mudah terkena batuk. Macam SM yang pergi kerja naik motosikal selalu terdedah kepada habuk dan cuaca sejuk. Tapi Alhamdulilah SM jarang terkena batuk. Jawapannya: SM minum madu Khaula. Kadang-kadang bila tekak baru nak rasa gatal-gatal atau perit-perit tu, SM lekas-lekas telan madu, tanpa minum air. Lega dan mujarab lah...Alhamdulillah.
Bagi baby, ambil sesudu teh madu, larutkan dalam air suam (suku gelas) beri minum sikit-sikit dengan sudu plastik. Kalau baby besar lebih 6 bulan tu, beri je terus, macam anak SM dulu. Bagi yang dewasa, ambil 2 sudu besar madu Khaula, larutkan dalam air suam setengah gelas, perahkan limau kasturi 2 biji. Sedap dan mujarab untuk legakan batuk. Selamat mencuba.

Monday, October 8, 2007

Madu Khaula Kiub


Lebih kurang 4 bulan yang lalu, Syarikat QS Khaula Holding Sdn Bhd melancarkan madu Khaula yang dipekkan dalam bentuk kiub 25g setiap satu (macam yang biasa kita nampak di hotel-hotel tu 12g). Ini adalah salah satu cara orang ramai boleh membawa madu ini ke mana-mana dengan mudah. Nak pergi bercuti ke, balik raya atau nak pergi mengerjakan umrah dan haji pun ok. Tak payah lah bawak botol tu, kut-kut berat, silap-silap tumpah..hehe . Harga jualan RM1.60 satu kiub, dalam satu kotak tu ada 60 kiub madu Khaula, so sekotak RM96 lah..tak pe kalu pelanggan regular tu boleh le bagi diskaun sikit..;-)

Friday, September 28, 2007

Selamat Berpuasa

SM ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog ini khususnya kepada pengamal dan pembeli madu Khaula. Mudah-mudahan ibadah puasa kita semua diterima oleh Allah sebagai amal yang soleh. Alhamdulillah sepanjang berpuasa, SM sekeluarga mengamalkan madu Khaula, minum MILO campur madu Khaula di samping minum sesudu madu Khaula sebelum tidur. Yang seronoknya rasa rileks berpuasa, tak lah letih, terasa macam hari-hari biasa sahaja, Itulah SM nak galakkan kepada semua minum madu ni, memang baik.
Majalah MIDI terbitan Karangkraf ada keluarkan sisipan yang ditaja oleh QS Khaula tempoh hari, semua berkaitan amalan madu di bulan puasa. Failnya agak besar, yang guna talian internet dial-up kena bersabar lah sikit, bulan-bulan puasa ni ya.Yang berminat nak download, sila ambil di sini. (Klik kanan mouse, pilih save target as, dan save)

Thursday, August 9, 2007

Kajian Saintifik Tindakbalas Madu Asli Terhadap Gula Dalam Darah dan Kandungan Antibodi




Hari ini SM melayari internet untuk mencari maklumat tentang kajian saintifik terhadap madu dan kesannya terhadap kesihatan manusia. Dalam dua jurnal yang SM baca tetapi abstrak sahaja adalah 2 perkara menarik iaitu:

1. Madu asli berkeupayaan untuk merendahkan kandungan gula dalam plasma (PGL=Plasma Glucose Level) termasuk bagi pesakit diabetik. Sila baca abstrak di sini.
2. Madu asli berkeupayaan untuk meransang penghasilan antibodi dalam badan. Anda boleh baca abstraknya di sini.

Oleh itu Tuan-Tuan dan Puan-Puan, apa lagi, beli lah madu Khaula yang terbukti sebagai madu asli. Boleh hubungi SM di sini.
Artikel yang ini menarik juga. Bacalah di sini.

Tuesday, August 7, 2007

Madu Khaula Bersarang


Ramai pelanggan SM bertanya apa bezanya madu Khaula yang tiada sarang dan ada sarang. Harga pun berbeza RM5. Yang biasa harga RM60, yang ada sarang RM65. OK, secara fizikalnya, madu Khaula bersarang tu ada sepotong sarang yang penuh dengan madu di dalamnya. Sarang ni terapunglah dalam madu tu.
Khasiatnya pula, madu Khaula sarang ni selalunya SM cadangkan untuk mereka yang ada masalah berkenaan saluran pernafasan seperti resdung, lelah/asthma, batuk (Rujuk gambar di bawah). Sarang tu bolehlah dikunyah dan dihisap sehingga madu di dalamnya habis. Lilin (wax) yang menjadi baki tu kebanyakan orang akan buang sahaja kerana keadaannya macam gula getah (chewing gum). Selain itu dalam madu sarang ada kelebihan dari segi kandungan propolis dan debunga (bee pollen) yang lebih tinggi. Biasanya madu sarang ini lebih pekat dan lebih wangi. Tentunya lebih sedap..hehe. Ada yang bagitau SM bahawa lilin sarang itu ada kolagen, baik untuk kulit wanita. Wallahu aklam. Itu bukan bidang kepakaran SM.





Friday, July 6, 2007

Bengkel Madu Khaula - Selangor

QS Khaula Trading akan menganjurkan Bengkel Madu Khaula untuk semua Pemborong dan Pemasar berdaftar di Negeri Selangor di Dewan Masjid Muaz bin Jabal, Setia wangsa Kuala Lumpur. Bengkel ini atas jemputan sahaja. Insya Allah Saudagar akan turut serta dalam bengkel ini.
Di antara aturcara yang telah dirangka adalah Rawatan dengan Madu, Cara-cara Mengenal Ketulenan Madu dan juga satu sesi istimewa kepada yang berminat untuk menjadi usahawan. Satu taklimat pinjaman mudah dari Bank SME akan diadakan. Penceramah terdiri dari Puan Khaula, Dato' Mansor dan En Latif (Pembekal Selangor). Nanti Saudagar akan laporkan apakah outcome bengkel ini.

Wednesday, June 27, 2007

Bagaimana Orang Barat Menghargai Madu

Saudagar terbaca satu artikel dalam laman web yang ditulis oleh seorang Professor dari New Zealand iaitu Prof. Molan yang banyak mengkaji bagaimana fungsi madu boleh mengubati luka. Bolehlah baca kandungan tulisan beliau di sini.
Saudagar juga mendapat maklumat bahawa beliau akan berada di Kuala Lumpur bercakap dalam satu persidangan Asian Pacific Society for Infection Control Conference pada 8-11 July 2007. Prof Molan akan bersyarah pada hari Isnin 9 July, 3.15pm. Tajuk "Woundecare: A Novel Natural Remedy" dan akan berada di KL 7-11 Julai.

Tuesday, June 19, 2007

Mengapa Guna Sudu Plastik?


Ramai pelanggan bertanya, mengapa mereka diminta menggunakan sudu plastik dan jangan guna sudu logam yang banyak di rumah tu. Saudagar ingin bertanya kepada para pelanggan semua, jika pernah memakan ubat homeopathy seperti makan EXAMO Dr Azizan atau QAISARA Mind Booster formulasi Dr Tengku Asmadi dari MAP misalnya, pengguna diminta jangan menyentuh ubat, letakkan ubat di dalam tutup botol dan terus masukkan ke dalam mulut tanpa menyentuhnya. Ini kerana ubat-ubat homeopathy ini telah diberi 'tenaga' yang mana ia mengandungi cas-cas elektrik yang berada dalam keseimbangan. Jika ubat ini disentuh dengan jari , maka sebahagian cas elektrik tersebut akan mengalir melalui jari dan akhirnya keseimbangan tenaga ubat tersebut telah tercemar. Kayu dan plastik adalah pengalir elektrik yang lemah/penebat.
Begitulah jua kepada madu Khaula. Madu ini kaya dengan zat-zat vitamin dan mineral yang sangat banyak dan ia juga mengandungi cas-cas elektrik (tenaga) yang disimpan dalam madu tersebut. Jika pengguna menggunakan sudu logam yang mana sifatnya adalah sebagai pengalir elektrik, maka sebahagian tenaga dari madu akan mengalir melalui sudu tersebut. Ini tidak berlaku jika menggunakan sudu kayu atau plastik. Selain daripada itu, ada juga pendapat mengatakan jika menggunakan sudu logam, dikhuatiri madu yang mengandungi mineral dan ion-ion logam tersebut akan bertindakbalas dengan sudu logam dan dikhuatiri logam dari sudu itu akan melarut lantas masuk ke perut pengguna.
Pengetahuan tentang penggunaan sudu kayu ini sebenarnya telah lama diamalkan di negara-negara Barat. Jika anda biasa melayari laman web berkaitan madu di negara Barat, anda akan dapati kebanyakan gambar pengambilan madu dari botol akan menggunakan sudu kayu seperti dalam foto di atas. Nah, inilah sebabnya kenapa saudagar cadangkan gunakan sudu kayu atau plastik, jangan gunakan sudu logam..ok.

Friday, June 1, 2007

Madu Khaula Ada Bercampur Gula?

Dua hari lepas, saudagar ada menghantar madu kepada seorang kak nama Pn Asminah di PBD. Kak ni mengadu bahawa madu Khaula yang dia beli dulu dimasuki semut. Lantas dia kata, "Setahu akak madu asli, semut tak datang, madu Khaula ni ada campur gula ke?". Fuhh..berbisa sungguh soalan akak ni. Lantas saya kata, madu Khaula ni memang semut suka dan akan datang dan masuk dalam botol bila ada peluang.

Madu Khaula berbeza daripada segi sifatnya berbanding madu tempatan. Madu ini datang dari kawasan beriklim sederhana, iaitu ada empat musim. Asalan madu ini pula dari kawasan pergunungan Sabalan di Azarbayjan-Iran. Berbanding madu tempatan yang asalannya adalah iklim khatulistiwa dan tropika (hawa panas dan lembap). Maka tentulah jenis bunga-bungaannya pun berbeza. Jenis bunga akan menentukan jenis madu yang terhasil. Bunga utama yang menghasilkan madu Khaula dipanggil Avishan (Bahasa Parsi) atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Oregano, sejenis pokok herba. Itu adalah salah satu sebab mengapa madu Khaula mempunyai nilai perubatan yang tinggi (high medicinal value).

Secara umumnya, madu Khaula bersifat "sejuk" berbanding madu tempatan yang bersifat "panas". Ini ada kaitannya dengan kandungan kimia madu itu sendiri. Sebab itulah juga semut sangat suka menghampiri madu Khaula dan menjauhi madu tempatan. Kandungan gula dalam madu hanya boleh ditentukan melalui analisis di makmal atau dengan menggunakan peralatan khas dan tidak dapat ditentukan dengan mata kasar sahaja. Kandungan gula semulajadi dalam madu adalah pada sekitar 75% dan kandungan air pula berubah-ubah mengikut asalan madu. Bagi madu tempatan, kandungan air (moisture content) adalah sekitar 22-25%. Secara perbandingan, kandungan air dalam madu Khaula adalah sekitar 15-17%. Bagi kandungan gula, jika kandungannya melebihi 80%, maka kemungkinan besar ia telah dicampur dengan manisan yang bukan semulajadi. Bagi madu Khaula, sijil analisis diterima pada setiap kali penghantaran (shipment) madu dari Azarbayjan-Iran ke Malaysia. Syarikat pengeluar iaitu Sabalan Shahd merupakan pengeluar terbesar madu berkualiti tinggi di Iran. Perusahaan ini merupakan perusahaan keluarga secara turun temurun dan diusahakan dengan cara mendekati semulajadi dengan penggunaan mesin moden yang minimum. Keadaan ini bagi menjaga kualiti madu yang dikeluarkan untuk tujuan eksport.

Maka sebab itu apabila ada pelanggan yang mengatakan madu Khaula ini sengaja dicampur gula, maka saya berasa begitu sensitif dan tidak dapat menerimanya sama sekali. Sudah menjadi resam orang berniaga apatah lagi satu perusahaan yang besar akan menjaga kredibiliti dan integriti produknya. Mustahil mereka sengaja mencampur gula dalam madu Khaula, kerana sekali orang terkena tipu, sampai bila pun kita tidak kan percaya lagi. Begitulah jua apabila syarikat besar seperti Roti Gardenia, Nestle dan Colgate-Palmolive bermatian-matian menjalankan kempen produk halal keluaran mereka kerana ingin menjaga kredibiliti dan survival syarikat mereka.

Monday, May 28, 2007

Salam Perkenalan Saudagar Madu

Salam kepada semua. Blog Madu Khaula ini diwujudkan untuk saya berkongsi pengalaman dan pandangan terhadap madu khususnya Madu Khaula. Saya telah menjual madu ini sejak bulan Mei 2004, bermakna telah tiga tahun lamanya saya bergelumang dengan penyebaran madu Khaula ini. Hmm..lama juga ya. Macam-macam yang telah saya lalui, maklumlah menjual madu khususnya kepada orang Melayu ni banyak cabarannya. Unsur-unsur hasad dengki, persaingan sihat dan juga tidak sihat memang ada. Namun berkat kesabaran, kepercayaan syarikat kepada saya, kerajinan dan semangat yang tinggi jualah yang membantu saya sehingga sampai ke tahap ini. Alhamdulillah.
Dalam blog ini juga saya akan berkongsi pandangan umum saya terhadap isu-isu semasa yang melanda negara. Baik isu sosial dan politik. Ok lah nanti saya sambung lagi..chow chin chau