Friday, June 1, 2007

Madu Khaula Ada Bercampur Gula?

Dua hari lepas, saudagar ada menghantar madu kepada seorang kak nama Pn Asminah di PBD. Kak ni mengadu bahawa madu Khaula yang dia beli dulu dimasuki semut. Lantas dia kata, "Setahu akak madu asli, semut tak datang, madu Khaula ni ada campur gula ke?". Fuhh..berbisa sungguh soalan akak ni. Lantas saya kata, madu Khaula ni memang semut suka dan akan datang dan masuk dalam botol bila ada peluang.

Madu Khaula berbeza daripada segi sifatnya berbanding madu tempatan. Madu ini datang dari kawasan beriklim sederhana, iaitu ada empat musim. Asalan madu ini pula dari kawasan pergunungan Sabalan di Azarbayjan-Iran. Berbanding madu tempatan yang asalannya adalah iklim khatulistiwa dan tropika (hawa panas dan lembap). Maka tentulah jenis bunga-bungaannya pun berbeza. Jenis bunga akan menentukan jenis madu yang terhasil. Bunga utama yang menghasilkan madu Khaula dipanggil Avishan (Bahasa Parsi) atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Oregano, sejenis pokok herba. Itu adalah salah satu sebab mengapa madu Khaula mempunyai nilai perubatan yang tinggi (high medicinal value).

Secara umumnya, madu Khaula bersifat "sejuk" berbanding madu tempatan yang bersifat "panas". Ini ada kaitannya dengan kandungan kimia madu itu sendiri. Sebab itulah juga semut sangat suka menghampiri madu Khaula dan menjauhi madu tempatan. Kandungan gula dalam madu hanya boleh ditentukan melalui analisis di makmal atau dengan menggunakan peralatan khas dan tidak dapat ditentukan dengan mata kasar sahaja. Kandungan gula semulajadi dalam madu adalah pada sekitar 75% dan kandungan air pula berubah-ubah mengikut asalan madu. Bagi madu tempatan, kandungan air (moisture content) adalah sekitar 22-25%. Secara perbandingan, kandungan air dalam madu Khaula adalah sekitar 15-17%. Bagi kandungan gula, jika kandungannya melebihi 80%, maka kemungkinan besar ia telah dicampur dengan manisan yang bukan semulajadi. Bagi madu Khaula, sijil analisis diterima pada setiap kali penghantaran (shipment) madu dari Azarbayjan-Iran ke Malaysia. Syarikat pengeluar iaitu Sabalan Shahd merupakan pengeluar terbesar madu berkualiti tinggi di Iran. Perusahaan ini merupakan perusahaan keluarga secara turun temurun dan diusahakan dengan cara mendekati semulajadi dengan penggunaan mesin moden yang minimum. Keadaan ini bagi menjaga kualiti madu yang dikeluarkan untuk tujuan eksport.

Maka sebab itu apabila ada pelanggan yang mengatakan madu Khaula ini sengaja dicampur gula, maka saya berasa begitu sensitif dan tidak dapat menerimanya sama sekali. Sudah menjadi resam orang berniaga apatah lagi satu perusahaan yang besar akan menjaga kredibiliti dan integriti produknya. Mustahil mereka sengaja mencampur gula dalam madu Khaula, kerana sekali orang terkena tipu, sampai bila pun kita tidak kan percaya lagi. Begitulah jua apabila syarikat besar seperti Roti Gardenia, Nestle dan Colgate-Palmolive bermatian-matian menjalankan kempen produk halal keluaran mereka kerana ingin menjaga kredibiliti dan survival syarikat mereka.

16 comments:

ana said...

salam...saya nak bertanya. madu khaula yg saya baru beli expired pada 2010. boleh ke saya makan? terima kasih.

Anonymous said...

Salam saudagar madu,
Saya ada membeli madu khaula dengan sarangnya sekali. Simpan didalam almari dapur dan hari tu berkemungkinan kurang tutup rapat, ya semut pun masuk, saya kemaskan dan simpan semula.Ok saya terima penjelasan saudagar madu berkenaan semut suka madu ni, tetapi yg menragukan saya, saya dapati terdapat keledak berkumpul didasarnya seolah2 gula yg berkumpul didalam air hampir separuh penuh, Adakah ia kesan dari simpan yg agak lamer (lebih 3 bulan) atau sememangnya ianya gula terasing ?
TQ

Anonymous said...

salam Saudagar madu,
Maaf, semalam saya membawa madu saya ke stokis berhampiran dan didapati saya punya adalah tiruan,.. Allah hi, tergamak mereka berniaga secara begini,... kepada kawan2,.. sila pastikan yg asli dari stokis terpilih,.. wassalam

Anonymous said...

macam mana kita nak tahu madu khaula yang kita beli tu tulen atau tak

Anonymous said...

assalamualaikum....sy br sj mmbeli madu khaula dr seorg kwn 2 hari yg lpas,smpai di rumah,suami sy mminta sy mmebuatkan air yg dicampur dgn madu khaula,apabila sy mengacau madu di dlm cwn td,sy trkejut krn trdpt bbrp ekor semut di dlm botol madu yg brsrang tu....sy hairan bgmana smut blh memesuki btol madu sy sdangkan madu trsebut br dibuka pmbalutnya...boleh saudara terangkan punca sbnar mslkh ini??

Anonymous said...

salam saya pelik kenapa ada semut pulak...memang betul kata sorang dari pembeli tu sepatutnya original meman takkan ada semut...saya ada beli satu madu khaula...dan langsung takde datang semut walau letk atas meja pun dan tak tutup rapat penutupnya...tq

Anonymous said...

Saya beli madu khaula di selayang mall, takde serdak pun.. Baru beli tadi and cuba jugak test letak atas kertas dan jatuhkan dalam air.. Nampak cam asli la.. Wallahualam..

kimy said...

kalau nak tau sama ada madu itu asli atau tidak,makan dulu dan rasa kesannya...jgn terus nak buat andaian semut datang atau x itu bukan persoalannya.mmg benda manis semut pon datang...test dulu..kalau x der kesan kat tubuh badan pulang balek...dan baca bismillah dulu dan selawat keatas Rasulullah saw sebelum makan madu.itu yg penting.

Anonymous said...

Kimy: makan dulu madu tu ye..smpai kene kencing manis bru stop....ape punye saranan la suro try madu tu dulu smpai nmpk kesan.there must be specific ways on jow to detect madu tu asli o x

Anonymous said...

tadi saya ada beli madu khaula botol yg kedua..bila bukak plastik dan penutup penuh dgn semut..kenapa perkara ni boleh berlaku..adakah yg saya beli ni tiruan..

Anonymous said...

Sayapun musykil juga dgn keaslian madu khaula ni kerana ada label yg berbagai2 dan berlainan walaupun jenamanya sama.Berlainan label di kedai yg berlainan...Apapun hanya berserah pd Allah sebab nawaitu kita yg mengamalkan madu ni adalah nk ikut sunnah Rasul, selain tu sbg ikhtiar penyembuhan penyakit..

Anonymous said...

Madu asli negara beriklim sejuk seperti iran azerbaijan tidak mempunyai sulfur tidak seperti madu asli tempatan yang mempunyai sulfur iaitu madu yg bersifat panas,semut yang mempunyai deria yang sensitif sangat suka madu luar negara yang tidak mempunyai sulfur

Anonymous said...

Waktu saya kecik dulu, kami adik-beradik ada asma. So tiap2 hari ayah kasi kami makan madu lebah.

apa yang saya ingat, madu lebah yang saya makan waktu kecik dulu rasa dia menyengat dan panas. bau dia kuat. tekstur dia pekat sampai bape kali kena jilat bersihkan sudu.

dah besar ni saya dah tak jumpa lagi madu macam yang saya makan waktu kecik dulu. kengkadang tu hidu madu sampai nak tersedut masuk dalam hidung pun takde bau wangi.

aji ibanez said...

Aku setuju komen di atas ni...waktu tahun 90an masa kecik dulu, ayah aku Pon biasa beli madu, warna mcm nescafe ais....gas madu tu menyengat perit di tekak....tp skrg dh xde mcm tu lagi...madu skrg sekadar manis biasa saje

Anonymous said...

nak tanya...ada label bahagian penutup tertulis no tel 017 76191115 dan sy ad juga terbeli yg xde tertera no telefon,macam mana sya nk beza madu ini asli?tolong bantu saya sbb baru2 ni sy nyaris2 tertelan serpihan kaca yg ad didlm madu kaula label hijau.

Anonymous said...

Assalamualaikum... satu fakta yang salah dan merapu bila kita kata... MADU ASLI TIDAK DIHURUNG SEMUT... semut suka manis... madu ker gula ker.. semua dia suka... wallahu a'lam