Friday, March 7, 2008

Selamat Mengundi PRU ke -12

Salam. Esok, Insya Allah rakyat Malaysia akan mengundi dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 12. Mengundi dalam PRU bermakna mengundi untuk memilih kerajaan yang akan memerintah untuk 5 tahun yang akan datang. SM harap rakyat Malaysia akan mengundi wakil yang boleh melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin. Calon yang jujur, kuat bekerja macam SM..he he..sanggup berkorban dan yang paling penting calon yang beriman. Memanglah sukar untuk mengukur keimanan seseorang tetapi kita dapat mengukurnya daripada cara beliau mengendalikan kehidupannya dalam tempoh kita mengenali beliau. Memanglah sukar kalau kita baru mengenalinya tetapi ada orang lain yang dapat kita jadikan panduan. Dari kawan-kawan dan keluarganya. SM pernah baca dalam kitab yang maksudnya lebih kurang begini, " Jika kita melihat seseorang yang tetap bersolat secara berjemaah di masjid (atau surau), ketahuilah bahawa orang itu seorang yang beriman". Itu lah salah satu panduannya.
Kalau SM, tak kan pilih calon yang berpura-pura. Hanya rajin di saat kempen 13 hari ni, lepas tu lesap entah ke mana. Tengok-tengok bila sudah terpilih jadi wakil rakyat, kerjanya mengumpul harta. Pada hal kita pilih dia untuk menjadi wakil (SM ulangi wakil) kepada kita. Bukan wakil untuk diri sendiri atau keluarga dia. (Ishhh bunyi pembangkang pulak SM ni). Tapi betul SM kadang-kadang rasa bosan bila tengok wakil rakyat yang jadi kaya-raya, rumah besar, tanah banyak bila dipilih jadi wakil rakyat. Sedangkan orang-orang yang diwakilinya masih lagi daif. Tak malu ke? Ok lah apa-apa pun esok kita pilihlah dengan bijaksana, kuasa di tangan kita esok. Sebelum pergi mengundi tu, minumlah sesudu madu Khaula supaya minda jadi segar dan cerdas memilih calon yang terbaik.

No comments: