
Dua hari lepas, saudagar ada menghantar madu kepada seorang kak nama Pn Asminah di PBD. Kak ni mengadu bahawa madu Khaula yang dia beli dulu dimasuki semut. Lantas dia kata, "Setahu akak madu asli, semut tak datang, madu Khaula ni ada campur gula ke?". Fuhh..berbisa sungguh soalan akak ni. Lantas saya kata, madu Khaula ni memang semut suka dan akan datang dan masuk dalam botol bila ada peluang.
Madu Khaula berbeza daripada segi sifatnya berbanding madu tempatan. Madu ini datang dari kawasan beriklim sederhana, iaitu ada empat musim. Asalan madu ini pula dari kawasan pergunungan Sabalan di Azarbayjan-Iran. Berbanding madu tempatan yang asalannya adalah iklim khatulistiwa dan tropika (hawa panas dan lembap). Maka tentulah jenis bunga-bungaannya pun berbeza. Jenis bunga akan menentukan jenis madu yang terhasil. Bunga utama yang menghasilkan madu Khaula dipanggil
Avishan (Bahasa Parsi) atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil
Oregano, sejenis pokok herba. Itu adalah salah satu sebab mengapa madu Khaula mempunyai nilai perubatan yang tinggi (high medicinal value).
Secara umumnya, madu Khaula bersifat "sejuk" berbanding madu tempatan yang bersifat "panas". Ini ada kaitannya dengan kandungan kimia madu itu sendiri. Sebab itulah juga semut sangat suka menghampiri madu Khaula dan menjauhi madu tempatan. Kandungan gula dalam madu hanya boleh ditentukan melalui analisis di makmal atau dengan menggunakan peralatan khas dan tidak dapat ditentukan dengan mata kasar sahaja. Kandungan gula semulajadi dalam madu adalah pada sekitar 75% dan kandungan air pula berubah-ubah mengikut asalan madu. Bagi madu tempatan, kandungan air (moisture content) adalah sekitar 22-25%. Secara perbandingan, kandungan air dalam madu Khaula adalah sekitar 15-17%. Bagi kandungan gula, jika kandungannya melebihi 80%, maka kemungkinan besar ia telah dicampur dengan manisan yang bukan semulajadi. Bagi madu Khaula, sijil analisis diterima pada setiap kali penghantaran (shipment) madu dari Azarbayjan-Iran ke Malaysia. Syarikat pengeluar iaitu Sabalan Shahd merupakan pengeluar terbesar madu berkualiti tinggi di Iran. Perusahaan ini merupakan perusahaan keluarga secara turun temurun dan diusahakan dengan cara mendekati semulajadi dengan penggunaan mesin moden yang minimum. Keadaan ini bagi menjaga kualiti madu yang dikeluarkan untuk tujuan eksport.
Maka sebab itu apabila ada pelanggan yang mengatakan madu Khaula ini sengaja dicampur gula, maka saya berasa begitu sensitif dan tidak dapat menerimanya sama sekali. Sudah menjadi resam orang berniaga apatah lagi satu perusahaan yang besar akan menjaga kredibiliti dan integriti produknya. Mustahil mereka sengaja mencampur gula dalam madu Khaula, kerana sekali orang terkena tipu, sampai bila pun kita tidak kan percaya lagi. Begitulah jua apabila syarikat besar seperti Roti Gardenia, Nestle dan Colgate-Palmolive bermatian-matian menjalankan kempen produk halal keluaran mereka kerana ingin menjaga kredibiliti dan survival syarikat mereka.