Monday, November 3, 2008

Cara Kenal Madu Asli Kaedah Orang Iran

Saya pernah bertemu dengan orang Iran yang menjadi orang tengah Syarikat Sabalan Shahd beberapa tahun dahulu. Di antara soalan yang popular yang ditanyakan kepada beliau adalah macamana cara nak mengenal madu asli. Biasalah, kalau orang Melayu, guna mancislah, campur dalam air goyang-goyang keluar bentuk macam saranglah. Orang Iran tu jawab senang saja, bila kita telan madu yang asli, pertama kita akan rasa manis perit di tekak. Bila madu asli tu dikemam dalam mulut sebelum telan, lidah terasa seolah-olah macam melekat pada lelangit, tak mahu berpisah. Kalau madu tak asli, bila kita telan madu tu rasa manis sahaja. Itu saja kaedah yang beliau beritahu. Itu kaedah fizikal lah. Kalau nak uji secara kimia, terpaksalah bawa ke makmal untuk diuji. Barulah tahu, glukos berapa, fruktos berapa, moisture content berapa. Tu lah kita orang Melayu sebab dah kerap sangat kena tipu terbeli madu bercampur gula, maka dah susah kita nak kenal madu asli atau tidak. Sehinggakan madu bercampur gula tu disangka madu asli, tup-tup bila makan, nah glukos darah jadi tinggi, yang diabetic melambung-lambung sukatan glukosnya. Yang dapat nama buruk adalah madu yang betul-betul asli. Ingatlah kalau nak beli madu, belilah dari wakil pengedar yang sah. Madu yang orang dok jual tepi-tepi jalan tu, ok juga tapi berhati-hatilah. Madu yang baik, tiada buih-buih atas permukaan madu. Madu yang meletup bukanlah madu yang baik, itu gas hasil penapaian. Tanyalah pada yang pakar..hehe