Wednesday, June 27, 2007

Bagaimana Orang Barat Menghargai Madu

Saudagar terbaca satu artikel dalam laman web yang ditulis oleh seorang Professor dari New Zealand iaitu Prof. Molan yang banyak mengkaji bagaimana fungsi madu boleh mengubati luka. Bolehlah baca kandungan tulisan beliau di sini.
Saudagar juga mendapat maklumat bahawa beliau akan berada di Kuala Lumpur bercakap dalam satu persidangan Asian Pacific Society for Infection Control Conference pada 8-11 July 2007. Prof Molan akan bersyarah pada hari Isnin 9 July, 3.15pm. Tajuk "Woundecare: A Novel Natural Remedy" dan akan berada di KL 7-11 Julai.

Tuesday, June 19, 2007

Mengapa Guna Sudu Plastik?


Ramai pelanggan bertanya, mengapa mereka diminta menggunakan sudu plastik dan jangan guna sudu logam yang banyak di rumah tu. Saudagar ingin bertanya kepada para pelanggan semua, jika pernah memakan ubat homeopathy seperti makan EXAMO Dr Azizan atau QAISARA Mind Booster formulasi Dr Tengku Asmadi dari MAP misalnya, pengguna diminta jangan menyentuh ubat, letakkan ubat di dalam tutup botol dan terus masukkan ke dalam mulut tanpa menyentuhnya. Ini kerana ubat-ubat homeopathy ini telah diberi 'tenaga' yang mana ia mengandungi cas-cas elektrik yang berada dalam keseimbangan. Jika ubat ini disentuh dengan jari , maka sebahagian cas elektrik tersebut akan mengalir melalui jari dan akhirnya keseimbangan tenaga ubat tersebut telah tercemar. Kayu dan plastik adalah pengalir elektrik yang lemah/penebat.
Begitulah jua kepada madu Khaula. Madu ini kaya dengan zat-zat vitamin dan mineral yang sangat banyak dan ia juga mengandungi cas-cas elektrik (tenaga) yang disimpan dalam madu tersebut. Jika pengguna menggunakan sudu logam yang mana sifatnya adalah sebagai pengalir elektrik, maka sebahagian tenaga dari madu akan mengalir melalui sudu tersebut. Ini tidak berlaku jika menggunakan sudu kayu atau plastik. Selain daripada itu, ada juga pendapat mengatakan jika menggunakan sudu logam, dikhuatiri madu yang mengandungi mineral dan ion-ion logam tersebut akan bertindakbalas dengan sudu logam dan dikhuatiri logam dari sudu itu akan melarut lantas masuk ke perut pengguna.
Pengetahuan tentang penggunaan sudu kayu ini sebenarnya telah lama diamalkan di negara-negara Barat. Jika anda biasa melayari laman web berkaitan madu di negara Barat, anda akan dapati kebanyakan gambar pengambilan madu dari botol akan menggunakan sudu kayu seperti dalam foto di atas. Nah, inilah sebabnya kenapa saudagar cadangkan gunakan sudu kayu atau plastik, jangan gunakan sudu logam..ok.

Friday, June 1, 2007

Madu Khaula Ada Bercampur Gula?

Dua hari lepas, saudagar ada menghantar madu kepada seorang kak nama Pn Asminah di PBD. Kak ni mengadu bahawa madu Khaula yang dia beli dulu dimasuki semut. Lantas dia kata, "Setahu akak madu asli, semut tak datang, madu Khaula ni ada campur gula ke?". Fuhh..berbisa sungguh soalan akak ni. Lantas saya kata, madu Khaula ni memang semut suka dan akan datang dan masuk dalam botol bila ada peluang.

Madu Khaula berbeza daripada segi sifatnya berbanding madu tempatan. Madu ini datang dari kawasan beriklim sederhana, iaitu ada empat musim. Asalan madu ini pula dari kawasan pergunungan Sabalan di Azarbayjan-Iran. Berbanding madu tempatan yang asalannya adalah iklim khatulistiwa dan tropika (hawa panas dan lembap). Maka tentulah jenis bunga-bungaannya pun berbeza. Jenis bunga akan menentukan jenis madu yang terhasil. Bunga utama yang menghasilkan madu Khaula dipanggil Avishan (Bahasa Parsi) atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Oregano, sejenis pokok herba. Itu adalah salah satu sebab mengapa madu Khaula mempunyai nilai perubatan yang tinggi (high medicinal value).

Secara umumnya, madu Khaula bersifat "sejuk" berbanding madu tempatan yang bersifat "panas". Ini ada kaitannya dengan kandungan kimia madu itu sendiri. Sebab itulah juga semut sangat suka menghampiri madu Khaula dan menjauhi madu tempatan. Kandungan gula dalam madu hanya boleh ditentukan melalui analisis di makmal atau dengan menggunakan peralatan khas dan tidak dapat ditentukan dengan mata kasar sahaja. Kandungan gula semulajadi dalam madu adalah pada sekitar 75% dan kandungan air pula berubah-ubah mengikut asalan madu. Bagi madu tempatan, kandungan air (moisture content) adalah sekitar 22-25%. Secara perbandingan, kandungan air dalam madu Khaula adalah sekitar 15-17%. Bagi kandungan gula, jika kandungannya melebihi 80%, maka kemungkinan besar ia telah dicampur dengan manisan yang bukan semulajadi. Bagi madu Khaula, sijil analisis diterima pada setiap kali penghantaran (shipment) madu dari Azarbayjan-Iran ke Malaysia. Syarikat pengeluar iaitu Sabalan Shahd merupakan pengeluar terbesar madu berkualiti tinggi di Iran. Perusahaan ini merupakan perusahaan keluarga secara turun temurun dan diusahakan dengan cara mendekati semulajadi dengan penggunaan mesin moden yang minimum. Keadaan ini bagi menjaga kualiti madu yang dikeluarkan untuk tujuan eksport.

Maka sebab itu apabila ada pelanggan yang mengatakan madu Khaula ini sengaja dicampur gula, maka saya berasa begitu sensitif dan tidak dapat menerimanya sama sekali. Sudah menjadi resam orang berniaga apatah lagi satu perusahaan yang besar akan menjaga kredibiliti dan integriti produknya. Mustahil mereka sengaja mencampur gula dalam madu Khaula, kerana sekali orang terkena tipu, sampai bila pun kita tidak kan percaya lagi. Begitulah jua apabila syarikat besar seperti Roti Gardenia, Nestle dan Colgate-Palmolive bermatian-matian menjalankan kempen produk halal keluaran mereka kerana ingin menjaga kredibiliti dan survival syarikat mereka.